Friday, January 8, 2010

Siapa Anwar Ibrahim 5: Wajah sebenar Anwar

Oleh rmf

Petikan NTAnwar

Pada 4 – 5 Disember 2009 lalu Anwar telah berkunjung ke Melborne, Australia. Dia dijemput sebagai salah seorang penceramah utama dalam Program The Parliament of World’s Religions (Parlimen Agama Dunia). Klik di sini dan di siniApa itu Parlimen Agama Dunia ? Diasaskan oleh paderi Kristian pada tahun 1893, di Chicago, Amerika Syarikat untuk menggalakkan dailog antara agama. Badan ini digerakkan oleh Mary Baker Eddy (pengasas Pergerakan Sains Kristian) dan paderi Henry Jessup yang menubuhkan The Council for a Parliament of the World’s Religions (CPWR. Klik di sini

Persidangan Palimen Agama Dunia diadakan secara berkala di pelbagai negara yang telah ditetapkan. Misalnya, di Chicago (1983 1988 dan 1993), Cape Town, Afrika Selatan (1999), Sepenyol (2004), Mexico (2007) dan terbaru di Melborne (2009). Klik di sini

Siapakah di belakang Parlimen Agama Dunia ? Pengerusi Ahli Pemegang Amanah Parlimen ini dipenegrusikan oleh Paderi Dr. William E. Lesher, yang pernah terlibat dalam banyak Majlis Gereja Sedunia.Beliau berkhidmat dalam United Board for Christian Higher Education in Asia dan sebagai ahli Lembaga Pengarah dalam the Board for the Global Ethics and Religion Forum.

Selain paderi Dr William, terdapat juga paderi Canon Dr. Gwynne Guibord, paderi Dr. John Pawlikowski, paderi Dr. Thomas A. Baima, paderi Dr. Richard Luecke, paderi Timothy Lyne, Rabbi Herman Schaalman, Rabbi Peter Knobel, Rabbi Herbert Bronstein, dan lain-lain. Klik di sini

Sementara itu Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Parlimen Antara Agama ini adalah Dr. Saleha Abedin (Director of the Institute of Muslim Minority Affairs headquartered in London); Paderi Dr. Marcus C.R. Braybrooke (Chairman of the World Congress of Faiths and Patron of the International Interfaith Centre at Oxford); Sri Sri Mata Amritanandamayi Devi (Hindu, Kerala, India); Dalai Lama Tenzin Gyatso (Buddhist/Tibet) ; Rabbi David Rosen (the International Director of Interreligious Affairs of the American Jewish Committee); Paderi Desmond Tutu (the Emeritus Anglican Archbishop of Cape Town ) dan lain-lain. Klik di sini

Manakala dalam program Parlimen Agama Sedunia di Melborne baru-baru ini menampilkan 60 penceramah utama. Dari Malaysia adalah Anwar Ibrahim dan Dr Chandra Muzafar.

Kebanyakan penceramah Islam yang dijemput kebanyakan tersenarai sebagai tokoh Islam Liberal seperti Prof Dr Siti Musdah Mulia, Dr M Din Syamsuddin (kedua-dua dari Indonesia), prof. Dr Tariq Ramadhan dan lain-lain.

Selain paderi-paderi Kristian, terdapat juga enam orang Rabbi Yahudi yang turut memberi ceramah iaitu; Rabbi Michael Melchior, Rabbi Michael Melchior, Rabbi Michael Lerner, Rabbi David Rosen, Rabbi David Saperstein dan Rabbi Irwin Kula. Klik di sini

Penglibatan Anwar Ibrahim dan Dr Chandra Muzafar tentunya amat menarik kerana Dr Chandra sebelum ini pernah mendakwa Anwar tidak sesuai menjadi Perdana Menteri Malaysia, kerana beliau tahu siapakah Anwar dan tahu ‘permainan’ di sebalik tabir Anwar khususnya dengan Amerika Syarikat. Ekoran kenyataan itu Dr Chandra telah disaman oleh Anwar dan kesnya masih dalam proses mahkamah Malaysia.Klik di sini

Satu lagi perkara menarik adalah nama Anwar [klik di sini] turut tersenarai bersama Prof Dr. Hans Küng [klik di sini]

Nama Prof Dr Hans Kung popular di Malaysia pada tahun 2005, apabila Shahbudin Yahya, perwakilan UMNO Pulau Pinang mendedahkan penglibatan Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan IKD (Institut Kajian Dasar) berusaha menghidupkan Interfaith Council (IFC) melalui program Projek Global Ethic di Pulau Pinang. Pemikir utama projek Global Ethic adalah Prof Dr Hans Kung.

Peter Schier, Wakil KAF di Malaysia terpaksa menjelaskan siapakah Prof Dr Hans Kung, apakah Projek Global Ethic, hubungan KAF dengan Anwar dan usaha KAF dalam menggalakkan IFC di Malaysia dalam dua siri interbiu akhbar The Sun. Klik di sini dan di sini

Kesimpulan dari wawancara Peter Schier itu merumuskan memang beliau dan KAF menjadi penaja Anwar Ibrahim dan badan pemikirnya, IKD. Beliau juga turut mengakui menjadi penaja utama dalam menghidupkan IFC di Malaysia dan tujuan utama penajaan yayasan Kristian Jerman itu kepada badan pemikir Anwar kerana matlamat mereka sama ke arah pluralisme agama.

Sebenarnya yayasan Kristian Jerman itu sudah lama menjadi penaja kepada badan pemikir Anwar (IKD), sejak dari tahun 1984 ketika Kamaruddin Jaafar (bekas Setiausaha ABIM) menjadi Pengerusi IKD dan ketika Dr Siddiq Fadhil (bekas Presiden ABIM) menjadi panel pemikir IKD. Klik di sini

Lebih menarik lagi penglibatan Anwar bersama Prof. Dr Siti Musdah Mulia, tokoh Islam Liberal Indonesia. Tokoh bekas sayap kanan NU (Nahdatul Ulama) pimpinan Gus Dur itu telah menimbulkan kontroversi di Indonesia, apabila beliau menghalalkan kegiatan homoseksual di kalangan muslim Indonesia. Klik di sini

Sekarang kita semakin nampak belang si chameleon yang digelar oleh majalah The Economist ini..

[Via http://rmf7.wordpress.com]

No comments:

Post a Comment